| Pusat Kokurikulum UUM | Unit Seni Bela Diri | Unit Perniagaan Tani | Unit Kepimpinan | Unit Seni Tampak |
| Unit Pengurusan Sukan | Unit Teknologi Media | Unit Kemahiran Hidup | Unit Keusahawanan | Unit Khidmat Masyarakat | Unit Pertolongan Cemas | Unit Seni Muzik | Unit Seni Suara | Unit PALAPES | Unit SUKSIS |

Program KLK Pengurusan Sukan dan Rekreasi di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim
21 MAC 2015, SABTU - Seramai 340 orang mahasiswa/i sub unit Kokurikulum Pengurusan Sukan dan Rekreasi telah mengadakan program Kegiatan Luar Kampus (KLK) di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah Darul Aman.
Program yang bertujuan untuk mendedahkan kepada para mahasiswa/i mengenai kepentingan penjagaan flora dan fauna di samping mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di dalam kelas kokurikulum. Hutan Lipur Sungai Sedim ini merupakan tempat untuk pertandingan sukan arus deras peringkat antarabangsa. Selain itu, di sini juga terdapat kanopi Tree Top Walk yang terpanjang dan tertinggi di dunia dengan jarak sejauh 950 meter panjang dan 50 meter tinggi.
Program ini juga telah mendapat kerjasama dan sumbangan daripada Pejabat Parlimen Kulim / Bandar Baharu, Kelab Rekreasi Arus Deras Sedim dan Pengurusan Tree Top Walk Sungai Sedim. YB Dato’ Abd Aziz Sheikh Fadzir, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang juga merangkap Lembaga Pengarah Universiti Utara Malaysia telah hadir untuk merasmikan majlis penutup bagi program ini.
Beliau begitu berpuas hati dan berterima kasih kepada mahasiswa/i UUM yang hadir dan bersama-sama belia kampung untuk bergotong – royong membersihkan kawasan sekitar hutan lipur ini. Beliau juga berharap agar program seumpama ini akan dapat diteruskan demi untuk menanamkan semangat cintakan alam dan kebersihan selain daripada mempromosikan hutan lipur Sungai Sedim itu sendiri.

Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darul Aman, MALAYSIA.
Tel: 04-9283512 (Bahagian Akademik), 04-9283515 (Bahagian Aktiviti), 04-9283510 (Bahagian Pentadbiran) Fax: 04-9283502 Email: [email protected]